KEBAIKAN COQTROL SHAKLEE

SET TENAGA,SET DARAH TINGGI,SET KOLESTROL,SET KESUBURAN & SET KESIHATAN JANTUNG

KEBAIKAN COQTROL SHAKLEE SERTA FUNGSINYA UNTUK KESIHATAN

Ramai yang tidak tahu kelebihan CoQ10 kepada kita. Enzim yang boleh dihasilkan oleh badan ini sebenarnya banyak manfaatnya. Kebanyakan kajian mengenai kelebihan dan kebaikan CoQ10 telah memberi tumpuan kepada penyakit jantung ,namun terdapat kajian yang menekankan kelebihan dan kebaikan CoQ10 kepada kesihatan tubuh badan yang lain.



Berikut adalah kelebihan dan kebaikan CoQ10 utama yang semua orang perlu tahu. 


KEBAIKAN COQTROL


1. Merawat Penyakit mitokondria


CoQ10 digunakan untuk merawat penyakit mitokondria yang jarang berlaku. Walaupun jarang berlaku, pesakit yang tidak mampu menghasilkan cukup CoQ10 boleh mengalami penyakit mitokondria dan penyakit metabolik lain.


Kandungan CoQ10 yang diperlukan perlu dipreskrip oleh doktor untuk mengelakkan simptom-simptom masalah yang mengundang masalah lebih serius seperti masalah penglihatan dan pendengaran, masalah pembelajaran, jantung, hati dan penyakit buah pinggang , penyakit pernafasan dan banyak lagi.


2. Menggalakkan Kesihatan Jantung


Banyak bukti menunjukkan mereka yang mempunyai kegagalan jantung mengalami kekurangan CoQ10 dan kepekatan plasma CoQ10 dalam darah adalah penentu jangka hayat akibat kegagalan jantung.


Pengoksidaan LDL dipercayai adalah penyebab utama serangan jantung dan strok dan ubiquinol (satu bentuk Koenzim Q10, CoQ10 ) dalam LDL manusia memberikan perlindungan terhadap proses pengoksidaan , melindungi jantung yang sihat.


3. Mencegah Migrain


Pada tahun 2002, satu kajian mendapati 61% daripada pesakit yang mengambil Koenzim Q10(CoQ10) sebagai pencegahan migrain dilaporkan mengalami pengurangan diserang migrain sebanyak 50% dalam tempoh tiga bulan kajian .


Hanya 15mg dos sehari adalah mencukupi untuk memastikan pengurangan yang ketara dalam migrain dan sakit kepala.


4. Meningkatkan Tenaga


Kajian telah menunjukkan banyak kelebihan dan kebaikan CoQ10 kepada mereka yang mengalami sindrom keletihan kronik.


Ini kerana keletihan yang kronik merupakan gejala kegagalan mitokondria , CoQ10 membekalkan tenaga yang diperlukan untuk mitokondria dan tubuh anda.


5. Merendahkan Tekanan Darah


Ujian klinikal pada tahun 2007 mendapati bahawa kebaikan dan kelebihan CoQ10 adalah setara seperti ubat-ubatan tradisional dalam merawat tekanan darah.


Ia merendahkan tekanan darah tanpa kesan sampingan yang merosakkan seperti ubatan moden yang lain.


6. Mengurangkan Keradangan


Kajian pertama mengenainya dilaporkan pada tahun 2004 dan disiarkan dalam majalah Lancet ,di mana satu kajian menunjukkan bahawa apabila digabungkan dengan vitamin E semulajadi , Koenzim Q10 atau CoQ10 boleh mengurangkan keradangan dan tekanan oksidatif – dua elemen penting dalam perkembangan dan pembangunan penyakit vaskular.


7. Meningkatkan Kesuburan Suami & Isteri


Membantu meningkatkan kesuburan (mematangkan telur wanita & lelaki)



No comments:

Post a Comment

Daftar Ahli Shaklee Online

DAFTAR AHLI SHAKLEE ONLINE ANDA NAK DAFTAR AHLI SHAKLEE? ANDA INGIN MEMULAKAN BISNES SHAKLEE? ANDA SEORANG PENGGUNA PRODUK SHAKLEE TETAPI MA...